Saturday, April 23, 2016
POPIA PISANG MENTEGA KACANG
POPIA PISANG MENTEGA KACANG
sumber : Majalah RASA Mac 2016, (sedap)...
Bahan-Bahan :
9 keping kulit popia segera
5 sudu makan mentega kacang atau secukupnya
3 biji pisangan berangan
Gula perang secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Sedikit air sebagai pelekat/gam
Cara-Cara :
1. Potong sebiji pisang kepada dua bahagian memanjang dan potongkan lagi menjadi dua bahagian untuk mendapatkan 4 saiz yang sama panjang.
2. Salut setiap kepingan pisang dengan gula perang. Ketepikan.
3. Ambil sekeping kulit popia, sapukan 1/2 sudu makan mentega kacang di atas kulit popia dan letakkan pisang yang disalut gula tadi di atasnya kemudian gulung dengan kemas.
4. Sapukan sedikit air pada hujung kulit popia untuk memastikan ia melekat dan tidak terbuka apabila digoreng. Ulangi langkah tersebut hingga selesai.
5. Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan. Angkat dan toskan minyak.
6. Sejukkan sedikit dan sedia dihidangkan. Sirakan dengan sos coklat sebelum dihidangkan jika suka..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment