Thursday, April 28, 2016
ROTI KAPIT CHEESE
ROTI KAPIT CHEESE
sumber : FB: Dapur Kecil Zaira..
Bahan-Bahan :
Roti putih secukupnya
Mayones secukupnya
Keju Mozzarella
Sosej pilihan dihiris (saya guna Lof Daging Ayam brand 'Ayamas' digoreng sedikit tidak perlu garing
2 biji telur
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam
Cili flakes
Daun sup dihiris kasar
Cara-Cara :
1. Sapu mayones pada sekeping roti.
2. Taburkan keju Mozzarella sepenuh roti.
3. Susun hirisan sosej/lof daging ayam.
4. Taburkan sedikit serbuk cili + serbuk lada hitam + daun sup.
5. Taburkan lagi keju Mozzarella.
6. Letakkan sekeping lagi roti di atasnya. Tekankan sedikit.
7. Celupkan ke dalam telur (yang dikocok dengan garam + serbuk lada hitam + cili flake).
8. Gorengkan di dalam sedikit minyak menggunakan api sederhana kecil.
9. Balikkan, masak sehingga kuning keemasan, angkat dan siap untuk dihidangkan bersama sos pilihan.
Tips :
1. Mayones boleh digantikan dengan garlic spread
2. Boleh di pelbagaikan inti dan keju
3. Untuk 'citarasa malaysia'; letak sedikit sos cili atau hirisan cili merah di dalamnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment