KEK PISANG

Friday, April 15, 2016

AYAM MASAK HALIA ALA THAI









AYAM MASAK HALIA ALA THAI
sumber  :    citarasawan...




Bahan-Bahan :

200  gm  isi ayam  -  hiris memanjang
    1  inci  halia  -  hiris memanjang
    2  ulas  bawang putih  -  dihiris
 1/2  labu  bawang besar  -  hiris memanjang
 1/2  batang  lobak merah  -  hiris memanjang
 1/2  biji  lada benggala merah/hijau  -  hiris memanjang
    4  biji  cendawan hitam  -  rendam & hiris nipis  (saya guna cendawan butang jer)
    1  tangkai  daun ketumbar  -  hiris halus


Bahan Perasa :

   1  sudu besar  sos ikan
   2  sudu besar  sos tiram
1/2  sudu teh  serbuk lada hitam


Cara Memasak :

1.  Tumis bawang putih sehingga perang, masukkan ayam dan masak sehingga ayam berubah warna.  Masukkan halia, cendawan dan lobak merah.  Gaul rata.

2.  Masukkan bahan-bahan perasa dan sedikit air, masak sebentar (2-3 minit).  Tuangkan bancuhan tepung jagung (1 sudu makan tepung jagung + sedikit air = bancuh sebati), kacau sebentar sehingga kuah nampak pekat dan masukkan bawang besar dan lada benggala.  Gaul rata.

3.  Angkat, taburkan dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan...

No comments:

Post a Comment