KEK PISANG

Thursday, April 21, 2016

ROTI JALA LEMBUT!!!









ROTI JALA
sumber  :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

      3  cawan  tepung gandum
3 1/2  sudu besar  minyak masak
      1  sudu kecil  garam
      1  biji  telur
      3  cawan  air/santan/susu segar  (saya guna air dicampur dengan santan 1 paket jadikan 3 cawan)
Sedikit pewarna kuning


Cara-Cara :

     Blend kesemua bahan di atas sehingga sebati.  Kalau nak tahu adunan sudah boleh di jala atau tidak, cuba masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan roti jala.  Kalau keluarnya tidak putut-putus maknanya sudah boleh di jala menggunakan kuali non-stick.  Kuali biasa (yang leper) pun boleh digunakan asal tidak melekat.  Kalau adunan pekat, tambah air lagi sehingga adunan boleh di jala.
     Selepas jala di atas kuali, biarkan dalam beberapa saat.  Kalau sudah masak tidak payah dibalikkan terus saja diangkat dan digulung.
     Hidangkan bersama kuah kari ayam/daging, sambal tumis dll...


Info  :    Resipi ini sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala ini tetap lembut seperti baru di masak  -  seperti yang dinyatakan oleh penyumbang  resipi ini.  Memang sedap dan lembut walaupun dah sejuk, terima kasih pada Pn. Azie...

No comments:

Post a Comment