KEK PISANG

Sunday, April 3, 2016

PUDING SAGU GULA MELAKA









PUDING SAGU GULA MELAKA
sumber  :    buku resipi...




Bahan-Bahan :

2  cawan  biji sagu putih
1  liter  air  (4 cawan)
1  helai  daun pandan  -  disimpul
Pewarna kegemaran
Santan atau susu cair secukupnya


Cara-Cara :

1.  Rendam biji sagu lebih kurang 1/2 jam kemudian toskan.
2.  Didihkan air bersama daun pandan.  Masukkan biji sagu, kacau sehingga biji sagu menjadi jernih.  Tutup api.
3.  Toskan biji sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk membuang kanjinya.
4.  Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna pilihan.
5.  Masukkan biji sagu ke dalam loyang atau acuan kecil.  Sejukkan.


Bahan Kuah Gula Melaka/Nipah :

   1  ketul  gula Melaka/Nipah  -  potong kecil-kecil
1/2  cawan  gula pasir
1/2  cawan  air
   1  helai  daun pandan  -  disimpul


Cara-Cara :

     Satukan kesemua bahan, masak sehingga gula larut dan pekat.  Kemudian ditapis.  Simpan di dalam peti ais untuk disejukkan.

     Hidang puding sagu bersama santan atau susu cair dan tuangkan kuah gula Melaka/Nipah tadi.  Enak dimakan sejuk-sejuk...

1 comment: