Wednesday, March 30, 2016
PUDING COKLAT SOS KASTAD
PUDING COKLAT SOS KASTAD
sumber : DapurkuSayang@Dayang Jack...
Bahan-Bahan :
10 gm serbuk agar-agar (plain)
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar serbuk koko (dibancuh dengan sedikit air panas)
2 sudu besar tepung kastad (dibancuh bersama 2 sudu besar air)
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
Larutkan serbuk agar-agar dan gula bersama 200 ml air sehingga mendidih. Kemudian masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat manis. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu masukkan bancuhan serbuk koko, esen vanilla, bancuhan tepung kastad dan mentega. Sebatikan dan biarkan seketika. Tutup api. Tuangkan ke dalam bekas/acuan pilihan. Sejukkan.
Bahan Sos :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair
3 sudu besar tepung kastad
5 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan sos di dalam periuk. Kacau sehingga tepung larut. Kemudian dipanaskan dengan api kecil sehingga sos kelihatan pekat. Tutup api dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi (tunggu sedikit suam sebelum dituangkan ke dalam bekas puding). Sejukkan terlebih dahulu kemudian hiaskan dengan coklat cair & coklat urai jika suka...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment