Wednesday, March 23, 2016
PISANG SIRA aka PISANG AIR GULA
PISANG SIRA aka PISANG AIR GULA
sumber : Naz@ovenkecil.blogspot..
Bahan-Bahan :
5 biji pisang nangka
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan - disimpul
Setitis pewarna kuning (jika suka)
Cara-Cara :
1. Masak gula pasir bersama air di dalam periuk. Masukkan juga daun pandan. Biarkan sehingga mendidih dan gula larut.
2. Sementara itu kupas kulit pisang dan belah pisang kepada dua bahagian memanjang.
3. Kecilkan api dapur. Titiskan sedikit pewarna kuning (jika guna) dan masukkan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang. (Pewarna ni kalau tak nak letak pun tak apa - ikut citarasa).
4. Tutup periuk dengan tudungnya dan renehkan sehingga pisang empuk/lembut. Tutup api. Boleh dihidangkan pada suhu bilik atau boleh disejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum dinikmati...
Info : Pisang yang sesuai untuk resipi ini, sebaiknya pisang nangka, pisang raja atau pisang nipah@pisang kebatu. Sebabnya, jenis pisang ini sedikit keras isinya. Jadi bila direbus dalam air gula ni, tak lah ia lembik. Boleh juga guna pisang lemak manis@pisang emas. Pencuci mulut yang banyak terdapat di Kelantan...
Labels:
Pencuci mulut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment