KEK PISANG

Saturday, March 26, 2016

KUIH SERIMUKA PANDAN



 Untuk dibawa ke rumah anak sehingga tidak sempat dipotong.
Bawa dengan loyangnya sekali dan dipotong dirumahnya...







KUIH SERIMUKA PANDAN  (9" bulat)
sumber  :   jendeladapursurianti@Surianti Ramli; (sedap & lembut)...




Bahan Lapisan Bawah :

2  cawan  beras pulut susu, cuci bersih, rendam selama 20-25 minit & toskan
1  cawan  santan
1  cawan  air
Secubit garam

-   Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit sehingga masak.  Setelah masak, kacau sebati dan tekan-tekankan supaya padat di dalam loyang.


Bahan Lapisan Atas :

      3  biji  telur  gred A/B
   3/4  cawan  tepung gandum
   3/4  cawan  gula pasir
      1  cawan  jus pandan  (kisar 5 helai daun pandan bersama 1 cawan air, tapiskan ambil jusnya jadikan 1 cawan)
1 1/4  cawan  santan
Beberapa titis pewarna hijau


-   Satukan kesemua bahan, kacau sebati dan tapiskan.  Masak di atas api perlahan sambil dikacau selama 2-3 minit (masak naik wap).  Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan serimuka akan menjadi tidak licin.

Cara-Cara :

-   Tuangkan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi.  Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air menitis di atas bahagian lapisan atas.  Kukus selama 40 minit sehingga masak, tutup api.

*  Penting :  tunggu sehingga serimuka betul-betul sejuk, anggaran 4-5 jam sebelum dipotong.  Kalau potong semasa panas, akan jadi lembik bahagian atasnya...

2 comments: