KEK PISANG

Monday, March 21, 2016

BANANA CUPCAKES









BANANA CUPCAKES
sumber   :   Ilham Dapur ; (sedap & gebus)...




Bahan-Bahan :    (12 biji)

      2  biji  pisang saiz besar @ 150-160 gm, timbang tanpa kulit
  160  gm  gula halus  (saya guna 1/2 gula kastor & 1/2 gula perang)
  170  gm  all-purpose flour
1 1/2  sudu teh  baking powder
      2  biji  telur  (saya guna gred A)
  110  ml   minyak masak sayur  (saya guna minyak jagung)
      1  sudu teh  ovallette
   1/2  sudu teh  garam
   1/2  sudu teh  esen vanilla
Hirisan badam secukupnya
Cawan kertas secukupnya


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 170'C.  Susunkan cawan kertas dalam dulang pembakar.  Ketepikan.
2.  Satukan tepung serbaguna, baking powder dan garam di dalam mangkuk yang sesuai.
3.  Di dalam mangkuk yang besar, satukan pisang dan gula, lecekkan pisang menggunakan garfu.
4.  Kemudian masukkan telur, esen vanilla, minyak masak, ovallette dan tepung.
5.  Putar sebati sehingga kembang dan adunan menjadi ringan dengan kelajuan tinggi selama 2-3 minit.
6.  Masukkan adunan ke dalam cawan kertas pada paras 3/4 sahaja dan taburkan dengan sedikit badam.
7.  Bakar di dalam oven selama 18-20 minit atau sehingga keperangan...

No comments:

Post a Comment