Tuesday, March 15, 2016
PUDING SAGU
PUDING SAGU
cookbook 'Senangnya Memasak Puding & Desert' Chef Hanieliza...
Bahan Sagu :
2 cawan sagu mata ikan
5 cawan air
1 sudu teh pewarna hijau
1 tin susu cair (400 ml)
1 tin buah-buahan koktel (saya guna mangga kiub) - sebagai hiasan
Bahan Air Gula :
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul (tambahan)
Cara Membuat :
1. Didihkan air, masukkan sagu mata ikan dan pewarna hijau. Kacau sehingga sagu masak dan jernih.
2. Tutup api kemudian masukkan sagu ke dalam acuan kecil. Kemudian sejukkan.
3. Masakkan kesemua bahan air gula sehingga mendidih dan sedikit pekat.
4. Apabila sagu telah sejuk, keluarkan sagu dari acuan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.
5. Tuangkan susu cair.
6. Hiaskan dengan buah-buahan koktel. Sejukkan di dalam peti sejuk.
7. Tuangkan air gula merah ketika dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment