PUDING ROTI PELANGI
sumber : FB@Grup MAHN...
Bahan-Bahan :
10 gm serbuk agar-agar (1 paket)
500 ml air
3 keping roti putih (dicarik-carik)
2 biji telur gred B
3 sudu besar susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar oren Sunquick (atau ikut rasa)
1 sudu kecil esen vanilla
Gula secukup rasa/manis
Pewarna pilihan
Cara-Cara :
Masak serbuk agar-agar bersama air sehingga mendidih. Kisarkan roti, telur, susu pekat manis, susu cair, oren Sunquick, esen vanilla dan gula sehingga sebati. Masukkan kesemua bahan kisaran ke dalam agar-agar tadi sehingga mendidih. Tutup api dan bahagikan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong manakala 3 bahagian lagi ambil sedikit dari agar-agar kosong dan letakkan pewarna pilihan.
Tuangkan sedikit agar-agar berwarna pada loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu dengan air dan buat tompok-tompok sehingga habis. Lebihan agar-agar tanpa warna dituangkan ke atasnya. Tunggu sehingga keras dan terbalikkan loyang untuk mendapatkan bahagian berwarna di bahagian atas.
No comments:
Post a Comment