Tuesday, March 1, 2016
FLORENTINE COOKIES@CRUNCHY CARAMEL COOKIES
FLORENTINE COOKIES@CRUNCHY
CARAMEL ALMOND COOKIES
by : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
200 gm tepung Florenta/Bienetta
100 gm badam keping
100 gm kranberi kering - dipotong kasar
100 gm kuaci hijau
20 gm bijan hitam
Cara-Cara :
Badam keping dan kuaci hijau dibakar sebentar di dalam oven pada suhu 160'C selama 5 minit. Satukan kesemua bahan di dalam bekas. Gaul rata sehingga kesemuanya bersalut sempurna.
Sediakan loyang 14 x 14 inci, alas loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan ratakan nipis-nipis. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 160'C selama 10 minit. Sejurus dikeluarkan dari oven hendaklah terus dipotong kepada kepingan. Sejukkan kemudian patah-patahkan mengikut potongan tadi dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Labels:
Biskut/Cookies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment