Sunday, March 13, 2016
IKAN DORY MASAM MANIS
IKAN DORY MASAM MANIS
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
2 keping Dory Fillet
1/2 inci halia *
1 labu bawang besar saiz sederhana *
2 ulas bawang putih * (* dihiris)
5 biji cili api - sebiji-sebiji atau dipotong (jika suka)
1 biji tomato - dibelah 6
1 biji lada benggala hijau - dihiris memanjang
1 tangkai cili merah - dihiris
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos plum
Sedikit minyak untuk menumis
Garam, gula & sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak :
1. Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada ikan Dory kemudian digoreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan didalam pinggan yang sesuai. Ketepikan.
2. Untuk sosnya : Tumiskan bahan hiris sehingga wangi kemudian masukkan kesemua sos, lada benggala hijau dan sedikit air.
3. Bila mendidih, sesuaikan rasanya dan masukkan tomato, hirisan cili merah, cili padi (jika suka pedas). Biarkan seketika dan tutup api.
4. Tuangkan sos masam manis pada ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment