Saturday, March 12, 2016
ROTI JALA COKLAT DENGAN KUAH KASTAD
ROTI JALA COKLAT DENGAN KUAH KASTAD
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar perasa coklat Dutch Lady
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar minyak jagung (tambahan)
2 biji telur gred A/B
Cara-Cara :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga sebati dengan hand whisk dan pastikan tidak ada tepung yang berbintil. Tapis jika perlu.
2. Panaskan non-stick pan, masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan bolehlah mula menjala sehingga adunan habis.
3. Setelah masak, angkat dan boleh dilipat atau digulung.
Bahan Kuah Kastad :
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula kastor
1 tin susu cair
30 gm mentega/marjerin
Cara-Cara :
1. Di dalam periuk, satukan tepung kastad, gula kastor dan susu cair. Kacau sebati dan masak di atas dapur dengan api sederhana.
2. Kacau sehingga semua bahan cair dan pekat. Tutup api dapur dan masukkan mentega. Kacau sehingga sebati dan hidangkan dengan roti jala coklat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment