KEK PISANG

Sunday, March 13, 2016

KEK COKLAT KUKUS

 versi bakar
 versi kukus








KEK COKLAT KUKUS  (boleh juga dibakar)
sumber   :   Fiza's Cooking...




Bahan A :

100  gm  serbuk koko
250  gm  gula kastor
    1  tin  susu isian cair@susu cair
200  gm  minyak masak sayuran
250  gm  susu pekat manis


Bahan B :

    4  biji  telur gred A/B  -  pukul sehingga berbuih


Bahan C :  (diayak)

150  gm  tepung gandum
    1  sudu teh  soda bikarbonate
    1  sudu teh  baking powder


Cara-Cara :

1.  Campurkan kesemua bahan-bahan A dan masak dengan api perlahan sehingga licin.  Sentiasalah dikacau menggunakan hand whisk tetapi tidak perlu sampai mendidih.  Biarkan sedikit suam.

2.  Satukan dengan telur yang dipukul tadi.  Masukkan bahan C iaitu campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.  Gaul rata menggunakan hand whisk.

3.  Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci/9 inci bulat/persegi yang dilapik dengan kertas minyak.  Tutup dengan aluminium foil.  Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api sederhana.  (Untuk saiz kecil masa kukus lebih kurang 15-20 minit).  Pastikan air telah mendidih sebelum dikukus.  Sejukkan dahulu sebelum dihias.

Nota :  versi bakar :  Suhu 170'C selama 20 minit atau sehingga masak.


Ganache Simple :

150  gm  coklat masakan Beryls  -  potong kecil
 1/4  cawan  susu cair
    1  sudu besar  minyak


Cara-Cara :

     Panaskan susu cair (kaedah double boiler) dan coklat masakan.  Tutupkan api dan kacau sehingga coklat masakan cair sepenuhnya.  Masukkan minyak dan kacau sebati.  Biarkan seketika baru dicurahkan di atas kek.  Hias ikut citarasa...

No comments:

Post a Comment