KEK PISANG

Wednesday, March 2, 2016

IKAN MASAK MASAM MANIS









IKAN MASAK MASAM MANIS
sumber  :   buku masakan...




Bahan-Bahan :

3  ekor  ikan kerisi atau ikan pilihan
Garam & serbuk kunyit secukupnya


Bahan Sos :

   5  ulas  bawang merah  -  hiris
   3  ulas  bawang putih  -  hiris
   1  inci  halia  -  hiris
   5  sudu besar  sos tomato
   3  sudu besar  sos cili
   1  sudu besar  sos plum  (tambah)
   2  biji  cili merah  -  dipotong nipis
1/2  cawan  air
   1  biji  tomato  -  dipotong 6
   1  pokok daun bawang & daun sup  -  hiris
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.  Gorengkan hingga garing.
2.  Terbalikkan kedua-dua bahagian supaya masak rata.  Kemudian ketepikan.
3.  Di dalam kuali bersih, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
4.  Apabila wangi, masukkan sos tomato, sos cili, sos plum dan air. 
5.  Masukkan juga cili potong, garam (sekiranya perlu) dan gula secukup rasa.
6.  Apabila kuah pekat, tuangkan ke atas ikan kerisi yang telah digorengkan tadi.
7.  Hiaskan bersama hirisan daun sup dan daun bawang...

No comments:

Post a Comment