KEK PISANG

Tuesday, March 1, 2016

KARIPAP ROTI










KARIPAP ROTI
sumber  :   buku resipi...




Bahan A :  (Inti)

2  keping  dada ayam  -  dipotong dadu
1  biji  bawang besar  -  dipotong dadu
2  ulas  bawang putih  -  dicincang
1  sudu makan  cili kering kisar
2  sudu makan  serbuk kari  -  dibancuh dengan sedikit air
3  biji  kentang  -  dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng


Bahan B :

5  keping  roti sandwic atau secukupnya
Telur putih  -  sebagai pelekat/gam


Cara Membuat :

1.  Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian goreng isi ayam sehingga kekuningan.  Angkat dan ketepikan.

2.  Tinggalkan kira-kira 1 sudu makan minyak masak tadi kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.

3.  Masukkan cili kisar dan bancuhan serbuk kari.  Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.

4.  Masukkan kentang dan sedikit air, tutup atas kuali, masak sehingga kentang empuk.  Perlu digaul selalu supaya bahagian bawah tidak hangit.

5.  Perasakan dengan sedikit garam.  Kemudian bolehlah diangkat dan sejukkan.

6.  Sudukan inti ke atas roti yang sudah digelek/dicanai nipis.  Tekap dengan acuan karipap.  (Sapukan dengan sedikit telur putih agar inti karipap tidak terkeluar semasa menggoreng).

7.  Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan.  (Jangan goreng terlalu lama agar tidak terlalu menyerap minyak).  Angkat dan toskan minyak.

No comments:

Post a Comment