Sunday, March 13, 2016
PETOLA GORENG TELUR
PETOLA GORENG TELUR
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 batang petola segi bersaiz sederhana
1 sudu besar ikan bilis - cuci bersih & toskan
1 biji telur
3 biji bawang merah - hiris nipis
1 ulas bawang putih - hiris nipis
1 tangkai cili merah - hiris
3 sudu besar minyak masak
Sedikit air (jika perlu)
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Petola dibuang kulit dan dihiris nipis.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga wangi.
3. Masukkan telur, kacau sehingga berketul-ketul.
4. Masukkan petola dan sedikit air, kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah dan garam secukup rasa.
6. Sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment