KEK PISANG

Tuesday, March 1, 2016

BUBUR SUM-SUM











BUBUR SUM-SUM
sumber  :   buku resipi





Bahan-Bahan :

 1/2  cawan  tepung beras
 1/2  cawan  tepung jagung
300  ml   santan pekat
500  ml   air
    1  cawan  susu cair
 1/2  sudu kecil  garam halus
Sedikit pewarna pilihan


Cara-Cara :

     Satukan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.  Tapis adunan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan.  Pastikan adunan sentiasa dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat (adunan akan meletup-letup). 
     Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan (jika guna).  Tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan kecil yang telah dibasahkan terlebih dahulu.  Setelah sejuk, hidangkan bersama sirap gula melaka...



Bahan Sirap Gula Melaka :

   1  ketul  gula nipah
1/2  cawan  gula merah
   1  cawan  air
   1  helai  daun pandan


Cara-Cara :

     Satukan kesemua bahan sirap gula melaka ke dalam periuk.  Masak sehingga gula larut dan agak pekat.  Tutup api, tapis dan sejukkan.

ATAU :

Bahan-Bahan :

      1  cawan  gula pasir
2 1/2  cawan  air
      1  helai  daun pandan  -  disiat & disimpul
      3  kuntum  bunga cengkih


Cara-Cara :

     Satukan bahan sirap gula di dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga gula larut.  Kemudian ketepikan dan sejukkan.

INFO   :   Bubur sum-sum boleh dihidangkan bersama sirap gula melaka atau sirap gula...

No comments:

Post a Comment