KEK PISANG

Monday, March 28, 2016

PAVLOVA LAGI!!!!










PAVLOVA KE-II
sumber  :   Ilham Dapur...




Bahan-Bahan :

    2  biji  putih telur gred A
115  gm  gula kastor
 1/2  sudu teh  jus lemon atau cuka makan
 1/2  sudu teh  tepung jagung
Sedikit pewarna ungu


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 140'C dan sediakan dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak.

2.  Di dalam mangkuk pengadun yang kering dan bersih, putar putih telur sehingga berbuih dahulu kemudian masukkan jus lemon dan putar sehingga berkrim kemudian baru masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar sehingga gula betul-betul larut dahulu selepas setiap kali masukkan gula, putar sehingga kental. 

3.  Masukkan tepung jagung, sedikit pewarna ungu dan putar lagi sehingga bertanduk, maksudnya bila diangkat mixer meringue tidak jatuh.

4.  Tuangkan meringue di atas dulang pembakar, ratakan buat bentuk bulat.  Bakar di dalam oven selama 30-35 minit, bila dah masak buka sedikit pintu oven dan biarkan meringue sejuk di dalam oven dahulu selama 10-15 minit kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya sebelum diletakkan hiasan topping dan buah-buahan segar pilihan.


Lapisan/Topping Krim :

200  ml  whipping cream (Non-Dairy yang dah manis)
 1/2  sudu teh  esen vanilla
Nutella secukupnya  (letak dalam piping bag)
Secubit garam
Buah-buahan segar pilihan secukupnya


Cara-Cara :

1.  Putar whipping cream dengan esen vanilla dan secubit garam sehingga kental kemudian ratakan di atas pavlova biar tinggi sedikit, paipkan Nutella secukupnya.

2.  Susun buah-buahan segar pilihan secukupnya, paipkan Nutella di atas buah atau boleh juga dihias ikut citarasa.

No comments:

Post a Comment