KEK PISANG

Monday, March 7, 2016

PENGAT KELEDEK BERSAGU









PENGAT KELEDEK BERSAGU
oleh  :   zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

   3  biji  keledek bersaiz sederhana  -  dibuang kulit & dipotong dadu
   1  ketul  gula melaka  -  dihiris kasar
3/4  cawan  biji sagu  -  direndam seketika
   2  paket  santan atau 1 kotak santan KARA
   1  helai  daun pandan  -  disimpul
Gula pasir secukup rasa
Garam secukup rasa


Cara-Cara :

1.  Di dalam periuk, rebus keledek bersama air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan) hingga empuk.
2.  Apabila keledek telah empuk, masukkan pula biji sagu, gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa.
3.  Bila telah mendidih dan gula melaka telah larut, masukkan santan, daun pandan dan kacau sehingga ia mendidih sedikit.
4.  Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment