Saturday, March 12, 2016
Sarapan yang mudah tetapi mengenyangkan!!!
PANKEK@PANCAKE
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur (saya guna gred A)
2 sudu besar minyak jagung atau mentega cair
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan di dalam bekas yang sesuai, kacau rata sehingga tepung tidak berketul-ketul. Biarkan dalam 10-15 minit (nak bagi pankek gebu sedikit bila dimasak). Sukatkan adunan pankek sebanyak 1/3 cawan ke atas kuali non-stick yang panas menggunakan api sederhana. Bila adunan sudah kelihatan lubang-lubang kecil di atas permukaan pankek, terbalikkan. Tunggu seketika, barulah diangkat. Hidangkan panas-panas dengan madu, jem, sos coklat atau ikut citarasa.
Labels:
Pancake/pankek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment