KEK PISANG

Sunday, April 10, 2016

LEMPENG NASI



 Lempeng nasi yang agak sedap tapi membuatnya agak renyah kerana banyak yang terbuang ke dalam tong sampah.  Sebabnya bila nak diterbalikkan ia agak susah nak diterbalikkan kerana ia mudah pecah bila diterbalikkan walaupun setelah ditambah sedikit lagi tepung untuk memekatkan sedikit adunan.  Walau apa pun terima kasih pada penyumbang resipi Cik Mat Gebu dari DapurTanpaSempadan..

 dinikmati bersama lauk paprik ayam yang dibeli saja...






LEMPENG NASI
sumber  :    DapurTanpaSempadan...




Bahan-Bahan :

      2  cawan  nasi sejuk  (nasi semalam)
      3  cawan  air
1 1/4  cawan  tepung gandum
Garam secukup rasa
      2  sudu besar  minyak masak atau minyak zaitun
Kuah kari atau sambal tumis sebagai penciciah


Cara-Cara :

1.  Kisar nasi tadi bersama air kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi sehingga rata dan sebati.  (adunan agak cair).  Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sekejap.

2.  Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak.  Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuangkan di tengah-tengah pan, tuangkan perlahan-lahan dan biarkan ia merata sendiri.  Masak dengan api sederhana sehingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlubang-lubang.

3.  Berhati-hati terbalikkan dan masak sekejap lagi sehingga perang keemasan.  Angkat dan lakukan kaedah sama untuk baki adunan sehingga siap.

4.  Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis.  (saya hidangkan dengan paprik ayam yang dibeli saja).

No comments:

Post a Comment