KEK PISANG

Monday, April 4, 2016

PUDING ROTI CINNAMON@KAYU MANIS











PUDING ROTI CINNAMON@KAYU MANIS
sumber  :   seripayaku; (serve :  4)




Bahan-Bahan :

      4  keping  roti putih 
  200  ml   susu segar
      2  biji  telur saiz M  (saya guna gred B)
2 1/2  sudu besar  gula pasir
      1  sudu teh  serbuk kayu manis
      2  sudu besar  kismis
      1  sudu besar  mentega/marjerin  -  dicairkan
Sedikit esen vanilla
Hiasan untuk menikmati puding ikut citarasa


Cara-Cara :

1.  Pukul telur dan gula sampai kembang.  Masukkan mentega/marjerin cair dan susu segar.  Gaul rata.

2.  Masukkan serbuk kayu manis dan esen vanilla.  Kacau sebati.

3.  Carik-carik roti ke dalam adunan.  Tenggelamkan roti-roti tersebut sampai terendam semua.  Masukkan kismis, gaul lagi.

4.  Panaskan oven pada suhu 170'C.  Tuangkan adunan roti ke dalam acuan muffin (aluminium foil) yang telah dilenser dengan sedikit mentega/marjerin.  (Jika ingin menggunakan loyang, guna yang kecil sebab adunan tidak banyak).

5.  Bakar hingga masak/keperangan anggaran 20-25 minit.

6.  Setelah sejuk, curahkan dengan Sos Kastad atau Chocolate Syrup Hershey's...

Nota :  Saya panggangkan roti putih di dalam oven suhu 170'C anggaran 10-15 minit agar roti sedikit kering..tujuannya agar puding roti tidak terlalu lembut setelah dibakar...


Bahan Sos Kastad :

1/2  tin  susu cair  (200 ml)
   1  sudu makan  tepung kastad
   1  sudu makan  gula
1/2  sudu makan pati oren Sunquick


Cara-Cara :

1.  Gaulkan semua bahan sos kastad dan masak di atas api yang sederhana kecil hingga sedikit pekat.
2.  Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

1 comment: