KEK PISANG

Monday, April 24, 2017

SOSEJ SAMBAL MERAH...









SOSEJ SAMBAL MERAH
rujukan :   Majalah RASA Okt. 2016...



Bahan-Bahan :

10  batang  sosej ayam  -  dipotong menyerong kira-kira 2 inci
2  sudu makan  mentega
5  sudu makan  sos cili
4  sudu makan  sos tomato
1/2  sudu makan  sos tiram
1  biji  bawang besar  -  hiris tebal
1  ulas  bawang putih  -  ketuk
1  batang  serai  -  titik
1  biji  cili merah  -  hiris
sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan


Cara Memasak :

1.  Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej yang telah dipotong menyerong kira-kira 2 inci.

2.  Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris sedikit tebal, bawang putih, cili merah dan serai.  Masak sehingga sosej tu kembang.  Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.  Kacau hingga pekat, sesuaikan rasanya  dan matikan api.  Taburkan dengan hirisan daun bawang (jika suka) dan sedia dihidangkan...

No comments:

Post a Comment