KEK PISANG

Sunday, February 19, 2017

KEK PISANG PANDAN - MUDAH...










KEK PISANG PANDAN
rujukan  :   Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum *
1  sudu teh  soda bikarbonate *
1  sudu teh  baking powder *  ( * disatukan & diayak bersama )
6-7  biji  pisang emas  (jika gunakan pisang saiz besar, kurangkan kepada 3 hingga 4 biji sahaja)
3  biji  telur gred A
1  cawan  gula pasir/gula kastor
1  cawan  minyak masak
Pes pandan secukupnya
Esen pisang secukupnya


Cara-Cara :

1.  Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonate dan baking powder ke dalam mangkuk besar.

2.  Blender pisang, telur, gula pasir dan minyak masak hingga sebati.  Tuangkan ke dalam adunan tepung gandum tadi.

3.  Kacau sehingga sebati dengan menggunakan whisk dan bahagikan kepada 2 bekas sama rata.  Satu bekas dimasukkan esen pisang dan satu bekas lagi dimasukkan pes pandan.  Kacau sebati.

4.  Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat/persegi berselang-seli sehingga habis kedua-dua adunan (taburkan dengan sedikit badam cincang; jika suka) dan bakar pada suhu 160'C yang telah dipanaskan 15 minit lebih awal selama 40-45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.  (Loyang hendak digris & dialas dengan kertas minyak).

No comments:

Post a Comment