Bubur jagung & jagung rebus
BUBUR JAGUNG BERSAGU
oleh : zaralovebaking..
Bahan-bahan :
3 batang jagung yang dihiris (anggaran 300 gm dan lebih sikit)
3 sudu besar sagu biji halus atau kasar
4 cawan air
2 cawan santan pekat
3 keping gula melaka atau gula merah secukupnya (kemanisan ikut citarasa)
2 helai daun pandan, disimpul
secubit garam
Cara-cara :
1. Masak gula melaka/gula merah dengan 1 cawan air sehingga gula larut kemudian ditapiskan.
2. Di dalam periuk lain, rebus isi jagung dengan 3 cawan air sehingga separuh empuk. Cuci biji sagu di dalam tapisan kemudian masukkan ke dalam periuk berisi jagung tadi. Masak sehingga biji sagu menjadi separa jernih.
3. Akhir sekali masukkan santan, air gula yang ditapis tadi, daun pandan dan garam. Masak sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau agar santan tidak pecah. Padamkan api bila nampak sagu biji kelihatan jernih sepenuhnya. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment