KEK PISANG

Monday, June 1, 2015

KEK PISANG COKLAT URAI







KEK PISANG COKLAT URAI
buku :  Siri Blogger Masakan 'Kek' oleh Azlita Masam Manis



Bahan-bahan :

150  gm  pisang  (dilenyek)
200  gm  tepung gandum
150  gm  gula kastor
    3  biji  telur  gred A/B
120  gm  minyak jagung
    2  sudu besar  susu pekat
    1  sudu teh  soda bikarbonat
    1  sudu teh  serbuk penaik
    1  sudu teh  esen pisang atau vanilla
  50  gm  coklat urai


Cara Membuat :

1.  Pukul kesemua bahan kecuali coklat urai di dalam mesin pemutar sehingga gebu.
2.  Masukkan coklat urai.  Kaup balik rata menggunakan spatula atau senduk kayu.
3.  Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah disapu mentega dan dilapik kertas kek.
4.  Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 50 minit atau hingga masak sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment