KEK PISANG

Sunday, June 14, 2015

MINI POUND MARBLE CAKE

 sebelum dibakar
 selepas dibakar





MINI POUND MARBLE CAKE
sumber  :  DapurTanpaSempadan ; thanks...
tried by  :   zaralovebaking...



Bahan-bahan :

125  gm  mentega  (SCS,Anchor, Emborg)
  60  gm  gula kastor
    2  biji  telur gred A
125  gm  tepung berserbuk penaik @ self- raising flour
 1/4  cawan  susu pekat manis
    1  tsp  esen vanilla
Badam cincang untuk hiasan
Kelapa parut panggang, untuk hiasan (tak letak)
      1  sudu besar penuh  serbuk koko*
   1/2  tsp  perisa mocha * (tak ada jadi ditukar kepada 1 tsp Nescafe Gold)
2 1/2  tbsp  air panas *  (* disatukan & kacau rata)


Cara Penyediaan :

1.  Panaskan oven pada suhu 170'C, lenser acuan bulat bersaiz 6.5 atau 7 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak.  Jika menggunakan acuan berbentuk loaf, dilenser dengan mentega sahaja dan tidak perlu di alas dengan kertas minyak.  Ketepikan.

2.  Putar mentega dan gula kastor sehingga pucat.  Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga kembang.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga tepung habis, putar sehingga rata.

3.  Masukkan susu pekat manis, esen vanilla, kacau rata.  Cedokkan keluar 1/3 adunan dan masukkan bancuhan koko (*) dan kacau rata.  Sudukan adunan kek tanpa warna ke dalam acuan 1/2 penuh.  Tambahkan adunan koko di atasnya (lebih kurang 2 camca teh penuh) dan lorekkan menjadi corak marble.  Buat sehingga siap.

4.  Taburkan badam cincang dan kelapa parut panggang (jika guna) di atasnya dan bakar selama 25 minit atau sehingga masak sepenuhnya... (yields :  12 pcs)

No comments:

Post a Comment