KEK PISANG

Monday, June 1, 2015

NASI CARROT







NASI LOBAK MERAH
sumber  :  TeratakMutiaraKasih ; LinaPg ; thanks..(sedap)



Bahan-bahan :

      2  cawan  beras basmathi  (rendam 30 minit & toskan)
      1  batang  lobak merah  (dikupas kulit)
2 1/2  cawan  air
   1/2  cawan  susu cair
      1  helai  daun pandan disimpul
   1/2  labu  bawang besar dimayang halus
Rempah 4 beradik  (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
      1  kiub  pati ayam Knorr/Maggi
      2  sudu makan  mentega
Gajus goreng, hirisan daun pudina sebagai hiasan


Cara Memasak :

1.  Cuci beras, rendam selama 30 minit kemudian toskan airnya.

2.  Ambil setengah bahagian lobak merah, blend/kisar bersama 2 1/2 cawan air.  Kemudian tapiskan.  Setengah bahagian lobak merah tadi disagat halus/kasar.

3.  Panaskan periuk, cairkan mentega.  Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih dan bawang besar yang dimayang halus.  Tumiskan sehingga terbit bau dan bawang sedikit layu.

4.  Kemudian masukkan daun pandan, tumiskan sekejap untuk membangkitkan aroma.

5.  Masukkan air lobak merah (2 1/2 cawan) tadi, susu cair dan kiub pati ayam (hancurkan).

6.  Masukkan beras dan juga lobak merah yang disagat.  Tinggalkan sedikit lobak merah sagat untuk hiasan (jika suka).

7.  Bila nasi hampir kering, kecilkan api.  Taburkan lebihan lobak merah sagat di atas nasi.  Biarkan nasi masak sepenuhnya.

8.  Selepas nasi masak, gemburkan nasi dan masukkan gajus dan daun pudina.  Sedia dihidangkan.


INFO  :   Jika menggunakan rice cooker, selepas siap menumis, terus pindahkan ke dalam rice cooker.
                Masak seperti biasa.

No comments:

Post a Comment