KEK PISANG

Wednesday, June 3, 2015

MANGO CHEESE CAKE











MANGO CHEESECAKE
sumber  :   mybakingworkshop ; thanks...
tried by  :   zaralovebaking...(sedap & yummy)




Bahan Base :

160  gm  biskut Marie , dihancurkan  (saya guna biskut oreo yang dihancurkan)
  20  gm  gula perang/brown sugar
100  gm  mentega , dicairkan


Cara-cara :

1.  Satukan kesemua bahan base dan tekankan di dalam loyang springform bersaiz 8 inci bulat yang telah digris dengan sedikit mentega.

2.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit pada suhu 160'C.  Biarkan sejuk.


Bahan Filling :

(A)  :   500  gm  cream cheese
           130  gm  gula kastor
             30  gm  tepung jagung

(B)  :        1  tbsp  jus lemon
                1  biji  parutan kulit lemon
            150  isi  mangga

(C)  :        3  biji  telur  gred 'A'

(D)  :    150  gm  UHT Whipping Cream


Mango topping :

(A)  :   1 1/2  tbsp  serbuk gelatin halal
               60  gm  air suam

(B)  :         1  biji  isi mangga

               50  gm  gula kastor
               80  gm  air


Cara membuat filling :

1.  Pukul bahan A hingga lembut dan berkrim.

2.  Satukan bahan B di dalam blender.  Kisar hingga halus.  Masukkan ke dalam adunan cream cheese tadi.  Pukul sebati.

3.  Masukkan bahan C satu persatu.  Pukul sebati.

4.  Kemudian, masukkan D dan pukul hingga sebati.  Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi base tadi.

5.  Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak pada suhu 160'C guna api bawah sahaja.

6.  Biarkan kek sejuk sepenuhnya baru disimpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.


Cara membuat mango topping :

1.  Satukan bahan A, biarkan selama 5 minit.  Kemudian, double boilkan sehingga larut sepenuhnya.  Ketepikan seketika.

2.  Satukan semua bahan B dan kisar hingga halus.  Letakkan di dalam mangkuk.  Masukkan larutan gelatin tadi, gaul rata guna hand whisk.

3.  Keluarkan kek dari peti sejuk.  Tuangkan mango topping di atasnya.  Sejukkan semula sehingga topping mengeras barulah dipotong untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment