Monday, June 1, 2015
NASI MENTEGA KISMIS (CMG)
NASI MENTEGA KISMIS
sumber : DapurTanpaSempadan ; thanks..sedap
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (rendam 30 minit & toskan)
5 cawan air
1 cawan susu sejat IDEAL
1 kiub pati ayam Maggi/Knorr (optional)
2 sudu makan mentega
1/3 cawan kismis (1 kotak kecil = 42.5 gm)
Garam secukup rasa
Bahan tumis :
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (dititik)
1 helai daun pandan (disimpul)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Hiasan : daun bawang/daun sup (dihiris) & bawang goreng
Cara Memasak :
Di dalam kuali, cairkan mentega kemudian masukkan bahan tumis dan tumiskan sehingga harum. Masukkan beras dan kacau mesra. Masak selama 1-2 minit. Masukkan kiub pati ayam (hancurkan - jika guna) dan gaul rata.
Tutup api dan alihkan beras ke dalam rice cooker, tuangkan air dan susu. Kacau rata. Tambahkan garam secukup rasa dan tanak seperti biasa. Bila hampir kering, taburkan kismis dan biarkan nasi betul-betul masak. Gaulkan dengan chopstick. Biarkan sebentar dan tutupkan suis rice cooker agar nasi tidak terlalu berkerak.
Taburkan dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk-pauk kegemaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment