Tuesday, October 13, 2015
KUIH LOMPANG GULA MERAH @ KASWI
KUIH LOMPANG GULA MERAH @ KASWI
buku : Jom...Kuih-Muih Norzailina Nordin
Bahan-bahan :
100 gm tepung gandum
300 ml air
1 sudu besar tepung kanji/ubi
1 sudu teh air kapur cair
1/4 biji kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Bahan air gula :
125 ml air
120 gm gula merah
100 gm gula pasir
1 helai daun pandan - disimpul
Cara Membuat :
1. Jerang semua bahan air gula hingga mendidih. Tapiskan dan biar sejuk.
2. Satukan tepung gandum dan tepung ubi. Ayak dan gaul rata.
3. Tuangkan air gula sedikit demi sedikit dan air kapur.
4. Kacau hingga sebati sambil tuangkan lebihan air gula tadi. Tapiskan ke dalam jag.
5. Tuangkan ke dalam acuan kecil/acuan lompang yang disapu sedikit minyak. Kukus selama 25 minit atau hingga masak.
6. Gaul dengan kelapa parut bercampur dengan sedikit garam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment