Sunday, October 4, 2015
DALCA
DALCA
sumber : dayangjack; thanks...
Bahan-bahan :
1/2 cawan kacang dhal - direbus hingga empuk & toskan
2 biji ubi kentang - dipotong dadu
2 batang kacang panjang - dipotong anggaran 1 inci
1 biji terung bulat - dipotong
1 biji tomato - dibelah 4
1 tangkai cili merah - dihiris
1 labu bawang besar - dimayang
3 sudu makan serbuk kari daging - dibancuh dengan sedikit air
1 sudu makan udang kering
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
1/2 cawan santan
Air secukupnya
6 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan, udang kering serta bahan-bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan pes kari dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air secukupnya. Apabila mendidih masukkan ubi kentang dan kacang dhal. Masak sehingga ubi kentang hampir empuk.
4. Masukkan sayur-sayuran yang lain, santan, bawang besar, cili merah, garam dan gula. Biarkan seketika.
5. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau dan biarkan seketika. Jika rasa dah 'ok', tutup api dan sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam singgah zara
ReplyDeleteaduh sdpnya nampak dalca tu
ada roti canai mmg terbaik ni