Assalam! Rasanya masih belum terlambat lagi buat saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1437 buat teman-teman semua yang sudi singgah kesini. Disini saya mencuba resipi Puding Kelapa & Jem Rasberi yang saya dapati didalam majalah Saji Feb. 2014. Puding ini sangat sedap, rasanya seakan Tat Kelapa. Saya membuat 1/2 daripada resipi ini. Hasilnya : 2 dalam bekas merah dan 4 dalam bekas ramekin putih. SELAMAT MENCUBA!!!!
PUDING KELAPA & JEM RASBERI
Majalah SAJI Februari 2014/Chef Kamarul...
dicuba oleh : zaralovebaking; (sangat sedapp)...
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 sudu kecil serbuk penaik
300 gm gula kastor
100 gm kelapa kering
350 ml susu segar UHT
3 biji telur (saya guna gred B)
1 sudu kecil esen vanilla
150 gm mentega (dicairkan)
5 sudu besar jem rasberi (saya gua jem blueberi)
Cara Penyediaan :
1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik dan campurkan di dalam mangkuk besar.
2. Masukkan pula mentega cair, telur, kelapa kering dan gula.
3. Selepas itu masukkan esen vanilla dan tuangkan susu segar.
4. Kacau kesemua bahan tersebut. Tidak perlu lama cukup sekadar kesemua bahan sebati.
5. Kemudian masukkan jem rasberi ke dalam bekas pembakar atau ramekin dan rata-ratakan.
6. Tuangkan adunan puding tadi ke dalam bekas pembakar atau ramekin tadi.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 180'C selama 45 minit. Enak dihidangkan semasa panas....
No comments:
Post a Comment