KEK PISANG

Wednesday, October 14, 2015

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS







SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
buku 'Senangnya Memasak Sambal & Sos' Chef Hanieliza...



Bahan A :

250  gm  ikan bilis  (dibasuh & toskan)
    2  labu  bawang besar  (dimayang kasar)
    1  cawan  air asam jawa
 1/2  cawan  minyak masak
    1  sudu besar  gula
Garam secukup rasa


Bahan B (Dikisar) :

20  tangkai  cili kering  (direndam dalam air panas hingga kembang & toskan)
10  ulas  bawang merah
  2  ulas  bawang putih
  1  sudu kecil  belacan  (sekiranya suka)


Cara Memasak :

1.  Tumiskan bawang besar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
2.  Masukkan ikan bilis, garam dan gula.
3.  Masukkan air asam jawa dan sedikit air.
4.  Masakkan sambal hingga mendidih dan pekat dengan api perlahan.
5.  Apabila naik minyak, tutup api dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment