TUMIS KACANG PANJANG TELUR MASIN
Majalah SAJI Mei 2015....
Bahan-bahan :
300 gm kacang panjang - dihiris serong atau dipotong ikut suka
1 sudu besar sambal belacan - atau tumbuk 1 tangkai cili merah dengan 1 sudu kecil belacan
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil lada sulah
1/4 cawan air
5 ekor udang saiz sederhana
1 biji telur masin - direbus dan belah dua (1 bahagian dicincang dan satu bahagian lagi dipotong baji)
Bahan Tumis :
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
1/2 tangkai cili merah - hiris
Bahan Sos :
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos sotong
Cara Memasak :
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah hingga harum dan keperangan.
2. Masukkan kacang panjang dan udang. Kacau perlahan-lahan. Masukkan air. Masak sehingga kacang lembut sedikit.
3. Seterusnya, masukkan bahan sos, lada sulah dan gula sambil di kacau. Jika kuah agak pekat, masukkan sedikit air lagi. Masukkan juga satu sudu besar sambal belacan.
4. Kemudian masukkan pula sebahagian telur masin yang dihancurkan dan kacau rata.
5. Hidangkan sayur kacang panjang yang telah masak dengan menabur sebahagian lagi telur masin yang dipotong.
No comments:
Post a Comment