KEK PISANG

Monday, October 5, 2015

MOIST FRESH BLUEBERRY POUND CAKE



Sangat sedap..tak sempat dipotong kerana ianya nak dibawa balik ke asrama oleh anak ku...





MOIST FRESH BLUEBERRY POUND CAKE
sumber  :   Dapur Tanpa Sempadan; thanks...
tried by  :   zaralovebaking...



Bahan-bahan :

200  gm  mentega
    2  biji  telur gred A
100  ml  susu segar
140  gm  gula kastor
220  gm  tepung self-raising@tepung naik sendiri
    1  sudu teh  esen vanilla
125  gm  blueberry segar  (asingkan sedikit untuk hiasan)


Cara-cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 175'C, lenser tin bulat/persegi bersaiz 8 inci dengan sedikit mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.  Ketepikan.

2.  Putar mentega dan gula sehingga putih kemudian masukkan telur satu persatu dan putar sehingga kembang.  Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar sehingga habis.  Kacau rata.

3.  Tambahkan esen vanilla dan masukkan blueberry segar tadi, gaul rata dengan spatula.  Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disediakan tadi.  Hiaskan di atasnya dengan baki blueberry segar tadi.  Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.  (setelah kek sejuk taburkan gula aising di atasnya jika suka).


No comments:

Post a Comment