KEK PISANG

Friday, March 22, 2019

AYAM PAPRIK...








RESIPI AYAM PAPRIK
sumber :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~  dipotong kecil atau ikut suka
4  biji  bawang merah  ~  di tumbuk
2  ulas  bawang putih  ~  di tumbuk
1  biji  bawang besar  ~  dimayang
1  batang  serai  ~  di titik
5  biji  cili padi  ~  dihiris
2  biji  limau kasturi  ~  diambil jusnya  (atau boleh juga guna nenas untuk masamkan kuah paprik)
3  helai  daun limau purut  ~  di siat-siat
7  sudu besar  sos cili
6  sudu besar  sos tomato
4  sudu besar  sos tiram
3  sudu besar  kicap manis
Sedikit brokoli, jagung muda, lobak merah  (atau ikut apa yang ada jer)
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng ayam setengah masak, jangan terlalu garing.
Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk berserta dengan cili padi.  Kacau sekejap.
Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.
Kacaukan sebati dan biarkan mendidih sekejap.
Masukkan pula sedikit air.
Selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan semua jenis sayuran.
Kacau dan bila mendidih barulah dimasukkan bawang besar dan jus limau kasturi.
Sesuaikan rasa, tutup api.  Hidang dan hiaskan ikut suka.




No comments:

Post a Comment