APAM MEKAR
APAM MEKAR
resipi oleh : Fatmah Bahalwan, hazila my small kitchen & zila4ever dll.
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
225 gm gula kastor
2 biji telur
250 gm tepung gandum
1 tsp ovallet
1 tsp baking powder
150 ml air soda - sprite
1 tsp pandan pes
1 tsp chocolate emulco
Pewarna hijau
Cara membuat :
1. Siapkan pengukus - biar wapnya keluar dengan banyak - penting.
2. Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang (warna akan bertukar krim atau keputihan).
3. Masukkan ovallet dan pukul lagi.
4. Ayakkan tepung dan baking powder.
5. Masukkan tepung secara berselang-seli dengan air soda sprite.
6. Pukul lagi hingga kental dan pekat.
7. Bahagikan kepada 2 bahagian.
8. Satu bahagian masukkan pandan pes dan sedikit pewarna hijau. Gaul sebati.
9. Satu bahagian lagi masukkan shocolate emulco dan gaul sebati.
10. Tuangkan ke dalam papercup (papercup letak dalam acuan lompang) secara selang-seli hingga hampir memenuhi cupcake.
11. Kukuskan selama 20 minit dengan api besar.
Nota : Apam yang saya buat ini kurang mekarnya. Tapi apapun ianya sedap & gebu.
Menghasilkan : anggaran : 39 biji - papercup no. 2
No comments:
Post a Comment