Pages

Tuesday, October 2, 2012

Masakan berasaskan ayam.






AYAM MASAK MERAH MUDAH


resipi dari  :   Hanamemories
dicuba :         zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

1/2   ekor       ayam, dipotong kecil
1/2   biji         bawang besar, dimayang
   3   ulas        bawang merah *
   2   ulas        bawang putih *
   1   inci         halia *
1/2   biji         tomato *
   2   tangkai   cili merah *
   1   batang    serai, dititik
   1   batang    kulit kayu manis
   1   kuntum   bunga lawang
   1   biji          buah pelaga
   1   tbsp        cili kisar, ikut kepedasan
   2   tbsp        sos cili
   2   tbsp        sos tomato
sedikit serbuk kunyit
Air, garam dan gula secukupnya

Cara membuat :

1.   Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.  Gorengkan hingga masak dan ketepikan.
2.   Kisarkan kesemua bahan-bahan yang bertanda *.  Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi.  Masukkan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga), serai dan cili kisar.  Tumiskan hingga pecah minyak.  Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air.
3.   Perasakan dengan gula dan garam.  Masukkan ayam dan bawang besar.  Gaulkan mesra dan sebati.  Didihkan sebentar dan tutupkan api.
4.   Jika suka bolehlah ditambah dengan hirisan tomato dan daun ketumbar.
 

No comments:

Post a Comment