Thursday, October 18, 2012
Muffin Pisang
MUFFIN PISANG
rujukan dari : 'Istimewa Pemanis Mulut' - CTdelima.com
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula kastor
2 biji pisang berangan yang ranum
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur (gred A)
1/3 cawan susu segar
1 tsp soda bikarbonat
1 1/2 tsp baking powder
beberapa titik esen pisang
kepingan badam/badam cincang untuk hiasan
Cara membuat :
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan garpu dan letakkan 1/2 tsp garam. Ketepikan dulu.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih (1 minit) baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak dan tepung sedikit demi sedikit, titikkan beberapa titisan esen pisang dan akhir sekali masukkan susu segar, masa ini jangan guna mixer, guna spatula atau senduk kayu saja.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup (isikan 3/4 penuh), taburkan kepingan badam/badam cincang di atasnya.
5. Bakar selama 20 minit pada suhu : 170'C.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Makaiii sedapnya..cumel2 jer..
ReplyDeletethanks adda..buat muffin nipun sebab ada pisang yg tinggal 2 biji daripada terbuang.
ReplyDelete