Saturday, October 13, 2012
Sambal sotong yg enak
SAMBAL SOTONG LIMAU PURUT
resipi oleh : yatiememories & CMG, tq for this recipe
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
500 gm sotong - potong ikut suka, cuci bersih & toskan
1 helai daun limau purut - dicarik
1/2 tbsp pes asam jawa (ADABI)
2 senduk nasi cili kisar
garam & gula secukupnya
sedikit hirisan halus daun limau purut untuk hiasan
Bahan tumbuk halus :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan bakar
3 biji buah keras
Cara membuat :
1. Sotong dicelur ke dalam air mendidih selama 30 saat sahaja (jangan terlalu lama). Angkat dan toskan, ketepikan. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga harum, guna api sederhana dan kacau selalu.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan pes asam jawan, daun limau purut dan kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak sekejap sahaja.
3. Masukkan sotong yang ditoskan tadi, gaul rata dan masakkan hingga sambal kelihatan pekat. Rasakan dan jika 'ok' bolehlah dimatikan api. Taburkan hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan dengan nasi dan lauk-lauk yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment