KEK PISANG

Sunday, October 28, 2012

Cheese Muffin


 CHEESE MUFFIN





CHEESE MUFFIN


resipi dari buku :   'Istimewa Pemanis Mulut' CT Delima
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan Kering :

2  cawan   tepung gandum
1  tbsp.     baking powder
3  tbsp.     gula kastor
1  tsp.       garam


Bahan Basah :

1     cawan   susu segar/susu cair
1/2  cawan   minyak jagung/minyak masak
1     biji        telur  gred A
1/2  cawan   keju cheddar  -  diparut

Hiasan :   parutan keju cheddar secukupnya


Cara membuat :

1.   Ayak bahan kering iaitu tepung, baking powder dan garam ke dalam bekas.  Kemudian masukkan gula kastor.  Gaul sebati dan ketepikan.
2.   Di mangkuk lain campur bahan basah iaitu telur, susu dan minyak.  Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar bercampur.  Tak perlu hingga kembang.
3.   Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata.  Tak perlu digaul lama sangat sekadar bercampur saja.
4.   Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga bercampur rata.
5.   Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung.  Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh.  Tabur sedikit parutan keju cheddar di atasnya kalau suka.
6.   Panaskan oven 180'C - 200'C, bakar selama 20-25 minit atau hingga muffin masak.

2 comments: