PAVLOVA
PAVLOVA
resipi oleh : cendanakasih, tq for this recipe
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 biji putih telur gred B
1 cawan gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp cuka masakan
1/2 tbsp tepung jagung
Bahan topping :
240 gm whipping cream
1 1/2 tbsp gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
Cara membuat :
1. Pukul putih telur didalam bekas yang benar-benar kering hingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi hingga likat/kembang dan berkilat.
2. Masukkan esen vanilla dan cuka masakan. Pukul sebentar. Taburkan pula tepung jagung & sedikit gula kastor (yg ni saya tambah untuk memberi kerangupan sedikit) dan kaup balik perlahan-lahan hingga sebati.
3. Paipkan meringue ke atas loyang beralas kertas baking yang telah siap dilukis rajah bulat (yg ni saiz ikut suka) dan bakar selama 60-70 minit atas rak bawah dengan suhu : 160'C.
4. Setelah masak, tutupkan suis dan biarkan pavolva didalam oven yang terbuka sedikit hingga sejuk.
5. Sapukan toping diatas pavlova dan susunkan dengan buah-buahan pilihan.
6. Untuk topping : satukan kesemua bahan untuk topping dan pukul hingga kental.
No comments:
Post a Comment