Thursday, October 4, 2012
Kuih Lompang yang cantik menawan & yang pastinya sedap.
KUIH LOMPANG
oleh : blog : Citarasawan & Kelas dgn. Kak Asiah
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
220 gm gula pasir
500 ml air
2 helai daun pandan, disimpul
Bahan B :
280 gm tepung beras
60 gm tepung ubi
500 ml air
1 tsp esen rose
1 tsp air kapur sireh
Bahan C :
1/2 biji kepala parut putih + 1/4 tsp gara
(Gaulkan sebati dan kukus sebentar)
Acuan lompang, dilenser dengan sedikit minyak
Cara membuat :
1. Satukan bahan A dan masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
2. Satukan bahan B, sebatikan. Masukkan bahan A, kacau hingga rata dan tapis.
3. Untuk lompang berwarna, asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan.
4. Panaskan pengukus dan acuan lompang.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang hingga hampir penuh dan kukus selama 20-25 minit.
6. Sejukkan dan keluarkan dari acuan. Hidangkan dengan kelapa parut.
Menghasilkan : 3 adunan (100 pcs) - saya buat 1/2 adunan dan dapat : 20 biji acuan lompang saiz kecil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wah so colourful and cantik
ReplyDeletePuan Ros : terima kasih ya...
ReplyDelete