KUIH KASWI PANDAN
KUIH KASWI PANDAN
resipi oleh : yatiememories
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula kastor
2 1/3 cawan santan (200 ml santan kotak + air biasa)
1 cawan air perahan pandan (3 helai daun pandan dikisar dengan air dan tapis)
1 tbsp air kapur sireh
1/2 tsp garam
Sedikit pewarna hijau
Hiasan : 1/2 biji kelapa parut putih )
sedikit garam halus ) digaul sebati
Loyang : 8 inci, gris dengan sedikit minyak & alas plastik
Cara membuat :
1. Panaskan kukusan sementara membancuh adunan kaswi.
2. Sapukan sedikit minyak disekeliling loyang dan alas dengan plastik. Ketepikan dulu.
3. Satukan tepung ubi dan tepung gandum dalam mangkuk besar.
4. Masukkan gula, garam, air pandan dan santan. Gaul hingga sebati. Tapiskan jika bergentel atau boleh juga dikisar.
5. Masukkan air kapur dan sedikit pewarna. Gaul hingga sebati.
6. Tuangkan ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar dan kukus selama 25-30 minit atau hingga masak.
7. Bila dah masak, angkat dan sejukkan. Biar kuih betul-betul sejuk barulah dipotong. Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
No comments:
Post a Comment