KEK PISANG

Wednesday, June 29, 2016

NASI LEMAK KUNING (TUMIS)










NASI LEMAK KUNING (TUMIS)
sumber  :     yatiememories...




Bahan-Bahan :

   3  cawan  beras
   2  cawan  santan
   2  cawan  air atau secukupnya
1/2  sudu besar  halba
   1  helai  daun pandan  -  disimpul
   1  cm  halia  -  hiris halus
   1  batang  serai  -  titik/ketuk
   2  biji  bawang merah  -  hiris
   1  sudu besar  minyak masak  +  1 sudu besar  minyak sapi
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit  (optional)


Cara Memasak :

1.  Panaskan kedua-dua minyak, tumiskan bawang dah halia di dalam periuk sehingga garing.
2.  Masukkan air dan santan, kacau sehingga pecah minyak.
3.  Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
4.  Selepas itu tutup  api, alihkan ke dalam rice cooker 'ONkan' suis dan teruskan masak nasi lemak seperti biasa sehingga masak sepenuhnya.
5.  Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur rebus dan ikan bilis goreng.

INFO  :   Untuk nasi lemak kuning, tambahkan 1 sudu besar serbuk kunyit semasa memasukkan santan dan air.  (untuk 5-6 orang makan)...

No comments:

Post a Comment