Saturday, June 11, 2016
PUDING ROTI
PUDING ROTI
sumber : 'Himpunan 30 resipi roti' Zura Miranda...
Bahan-Bahan :
6 keping roti sandwic (dipotong 2)
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
1 sudu makan mentega
1/4 sudu teh garam
3 biji telur gred A/B (dipukul ringan)
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit kismis atau kurma (saya guna kurma)
Cara Membuat :
1. Panaskan susu sehingga mendidih. Masukkan roti di dalam mangkuk, tuangkan susu yang dipanaskan tadi dan kacau rata sehingga terendam.
2. Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Masukkan kismis/kurma. Kacau perlahan-lahan.
4. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 7 inci yang dilengser dengan sedikit mentega.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 45 minit sehingga masak sepenuhnya.
6. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment