Tuesday, June 14, 2016
BISKUT MAKMUR
BISKUT MAKMUR
sumber : citarasawan...
Bahan A :
200 gm minyak sapi
400 gm tepung gandum
20 gm gula aising
1/8 sudu teh garam halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan Inti Kacang :
100 gm kacang tanah atau gajus digoreng dan ditumbuk kasar
1 sudu besar mentega - dicairkan
- Satukan bahan inti kacang dan gaul semua sehingga sebati, ketepikan.
Hiasan :
secukupnya gula kastor atau gula aising untuk salutan pada biskut
cawan kertas secukupnya
Cara-Cara :
1. Satukan bahan A sehingga menjadi doh yang lembut. Jika agak lembik, tambahkan sedikit tepung. Jika kering tambahkan sedikit minyak sapi lagi.
2. Ambil sedikit doh dan bulatkan. Kemudian leperkan dan isi inti kacang di dalamnya. Bentukkan bulat atau bujur. Buat hingga habis adunan.
3. Susun di atas dulang pembakar dan bakar sehingga masak pada suhu 170'C selama 20-25 minit. Sejukkan.
4. Apabila biskut telah sejuk, golekkan di dalam gula kastor atau gula aising.
5. Masukkan ke dalam cawan kertas dan simpan di dalam bekas kedap udara.
(menghasilkan : 61 pcs)
Labels:
Biskut/Cookies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment